fbpx

249 syarikat manfaat insentif galakan cukai pengeluaran bahan makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Foong Hin berucap pada Seminar Pelaburan Subsektor Tanaman Agromakanan Malaysia di Putrajaya hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Kerajaan telah meluluskan insentif galakan cukai bagi projek pengeluaran bahan makanan kepada 249 syarikat bagi tempoh 2001 hingga April lalu membabitkan nilai pelaburan lebih RM2.2 bilion.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, menerusi inisiatif itu, syarikat melabur dalam syarikat subsidiari yang menjalankan projek baharu pengeluaran bahan makanan diberi potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan dibuat bagi maksimum tiga tahun taksiran.

“Syarikat yang menjalankan projek pengeluaran bahan makanan pula diberi pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun selama 10 tahun bagi projek baharu dan lima tahun bagi projek pembesaran syarikat sedia ada,” katanya pada Majlis Perasmian Seminar Pelaburan Subsektor Tanaman Agromakanan Malaysia di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin.

Mohamad berkata, semasa perbentangan Belanjawan 2023 lalu, kerajaan bersetuju melanjutkan insentif galakan cukai bagi projek pengeluaran bahan makanan sehingga akhir tahun 2025.

Menurutnya, skop galakan insentif turut diperluaskan merangkumi projek pertanian moden berasaskan pertanian persekitaran terkawal.

“Inisiatif ini dapat menggalakkan pembabitan warga tempatan khususnya belia melalui penggunaan teknologi moden di sepanjang rantaian nilai pengeluaran dan pemasaran.

“Pembabitan mereka ini boleh membantu dalam usaha mempertingkatkan sekuriti makanan dan menstabilkan harga bekalan dengan mengurangkan kerbergantungan kita kepada makanan import,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI