fbpx

Saya dah buang masa terlalu banyak – Puteri Sarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTERI SARAH LIYANA

KUALA LUMPUR – Pelakon Puteri Sarah mengakui masa dalam kehidupannya banyak dibazirkan disebabkan kemelut perkahwinan dengan suami yang juga sutradara, Syamsul Yusof.

Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, dia ingin meneruskan kehidupan dengan aman dan tidak mahu lagi menoleh ke belakang.

“Saya tak nak buang masa lagi dah. Saya nak terbang tinggi dan alhamdulillah, banyak rezeki yang datang dari segi lakonan, perniagaan dan sebagainya.

“Itu yang saya nak fokuskan. Sebab saya dah terlalu banyak buang masa. Bisnes ada, lagu pun ada (bersama Ade Govinda) dan filem pun banyak menanti di Indonesia.

“Tempoh hari (masa Ramadan) saya ada perjumpaan dengan pengarah filem, Hanung Bramantyo. Dia ada tawarkan watak dalam filem depan-depan,” katanya kepada Kosmo! Online usai sidang akhbar drama rantaian, Hijrah Jannah di Dadi Cinema, Pavilion, sebentar tadi.

Ujar Sarah, 38, dia enggan lagi ‘terpenjara’ disebabkan kemelut yang terlalu panjang dan tiada kesudahan sehingga hari ini.

“Saya dah tak nak lagi ‘kuburkan’ diri saya di sini sahaja. I want to fly high dan tutup babak yang tidak berfaedah,” katanya.

Diminta mengulas tentang prosiding Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) yang akan berlangsung esok, Sarah memilih untuk tidak terlalu mencanang perihal terbabit.

Kata pelakon drama Andainya Takdir itu, dia hanya mengharapkan segala-galanya berjalan dengan lancar.

“Sama seperti doa-doa saya sebelum ini. Saya harap semua berjalan lancar. Itu sahaja. Segalanya terserah kepada mahkamah,” ujarnya.

18 April lalu, Syamsul, 39, enggan memberi lafaz cerai terhadap Puteri Sarah berikutan tiada persetujuan mengenai beberapa terma.

Terdahulu, Puteri Sarah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada 16 Januari lalu.

Kemelut rumah tangga dua selebriti itu masih belum menemui jalan penyelesaian selepas Syamsul mendedahkan sudah bernikah kali kedua dengan seorang wanita bernama Ira Kazar awal tahun lalu di Thailand. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI