fbpx

Jenazah Awang Askandar dijangka tiba Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Awang Askandar

GOMBAK – Jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Lt Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, dijangka tiba di tanah air pada Jumaat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, selepas akan diterbangkan ke Malaysia dan seterusnya ke Sabah bagi memenuhi permintaan keluarga yang mahu Allahyarham dikebumikan di kampungnya.

“Difahamkan 9.30 pagi (waktu tempatan) tadi jenazah sudah berada di base camp dua dan akan diturunkan menggunakan helikopter pada hari ini.

“Selepas proses tertentu di hospital di Kathmandu, Nepal kita akan menerbangkan jenazah tersebut ke Malaysia,” katanya ketika sidang akbar selepas majlis pelancaran Op Ramah Monsun Barat Daya (MBD) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini.

Armizan berkata, jenazah dijangkakan akan tiba di Kota Kinabalu, Sabah dan kemungkinan pada hari yang sama atau selewat-lewatnya pada hari Sabtu, pengebumian jenazah akan diadakan di Kampung Benoni, Papar.

“Untuk pengetahuan, ahli keluarga beliau iaitu isteri dan anak-anak menetap di Kedah berikutan Allahyarham bertugas di sana. Tetapi, semalam APM dan pelbagai pihak telah membantu membawa balik keluarga beliau untuk berada di Sabah untuk menantikan ketibaan jenazah

“Sekali lagi kita merakamkan ucapan takziah dan begitu juga terima kasih kepada semua pihak sama ada agensi kerajaan, pihak kedutaan dan juga individu tertentu yang telah memberikan sumbangan untuk proses pengurusan jenazah,” ujarnya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai misi mencari seorang lagi pendaki negara, Muhammad Hawari Hashim yang hilang sejak Jumaat lalu Armizan berkata, difahamkan proses mencari masih lagi dilaksanakan.

“Kerajaan tidak akan berhenti mencari dan difahamkan setakat pukul 2.30 petang tadi, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh telah membuat sidang akhbar di Parlimen memaklumkan tentang komitmen kerajaan kerana kos pencarian memang tinggi melibatkan helikopter dan bayaran kepada malim gunung.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah menyatakan komitmen bahawa kerajaan akan membantu dari segi kewangan untuk membolehkan pengurusan operasi pencarian berkenaan selain daripada sumbangan daripada pihak-pihak yang terlibat,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI