fbpx

Dewan Rakyat: 12 Ahli Parlimen dilantik ahli PAC termasuk Noraini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraini Ahmad.

KUALA LUMPUR – Seramai 12 Ahli Parlimen dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang baharu bagi Penggal Parlimen ke-15.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul berkata, lantikan tersebut melibatkan lapan Ahli Parlimen kerajaan dan empat pembangkang.

Jelasnya, pemilihan 12 Ahli Parlimen itu dibuat selepas selepas Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin daripada Perikatan Nasional (PN) dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa itu dan Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi daripada Pakatan Harapan (PH) sebagai Naib Pengerusi bulan lalu.

“Saya ucapkan syabas dan mereka membawa satu tanggungjawab berat, maka bantulah mereka,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Johari yang juga Pengerusi Jawankuasa Pemilih itu berkata, mereka yang baru dilantik ialah Syahredzan Johan (PH-Bangi), Vivian Wong Shir Yee (PH-Sandakan), Datuk Seri Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong), Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin), Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) dan Zahir Hassan (PH-Wangsa Maju).

Selain itu turut dilantik, Dr Richard Rapu (GPS-Betong), Azli Yusof (PH-Shah Alam), Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu), Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik), Datuk Ali Biju (PN-Saratok) dan Dr Halimah Ali (PN-Kapar).

PAC ialah Jawatankuasa Parlimen yang dibentuk untuk meneliti laporan daripada Ketua Audit Negara dan meneliti kewangan kerajaan serta wang yang diperuntukkan oleh Parlimen untuk perbelanjaan awam.

Jawatankuasa itu mempunyai kuasa untuk memanggil menteri, orang awam, penjawat awam dan pegawai lain ke jawatankuasa itu untuk disoal siasat, selain membuat susulan terhadap penemuan audit awam.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI