fbpx

Persatuan pengguna dakwa bekalan gula meruncing di Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Yusrizal (kanan) menunjukkan bekalan gula di sebuah kedai yang dihadkan penjualannya kepada orang ramai berikutan kekurangan bekalan bahan itu sejak dua minggu lalu.

ALOR SETAR – Persatuan Pengguna Kedah (Cake) mendakwa masalah bekalan gula di negeri ini lebih teruk berbanding minggu lalu sehingga menyebabkan ada peniaga makanan terpaksa menutup kedai.

Justeru Presiden Cake, Mohamad Yusrizal Yusoff meminta pihak kementerian untuk memastikan bekalan gula pulih sepenuhnya di seluruh Kedah, bukan di kawasan tertentu sahaja.

“Saya rasa keadaan minggu ini lebih buruk dari minggu lalu sebab sebelum ini, peniaga masih boleh beli gula, tetapi pada minggu ini memang tiada langsung di kampung dan sebagainya.

“Dalam kenyataan sebelum ini bekalan gula di Kedah ditampung melalui inisiatif jualan Rahmah di beberapa kawasan antaranya di Sik dan Gurun. Kita minta bekalan dipulihkan di semua daerah dan bukan sesetengah kawasan sahaja,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan tinjauan di sebuah kedai runcit di Pekan Melayu di sini semalam.

Sementara itu, pembantu kedai, Nazarudin Ramli, 51, mendakwa, kedai runcit tempatnya bekerja menerima bekalan gula pada kadar lebih sedikit berbanding kebiasaan sejak dua minggu lalu.

“Disebabkan bekalan yang sedikit, kami terpaksa mengehadkan penjualan hanya dua peket seorang. Tindakan itu bagi memastikan setiap pembeli dapat memiliki gula walaupun sedikit.

“Sejak dua minggu lalu, kami hanya menerima lima bundel sahaja daripada pembekal sedangkan biasanya dalam tempoh sama, kami akan menerima 40 bundel daripada mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI