fbpx
Sebahagian bumbung MRSM Pendang yang diterbangkan ribut petang tadi.

MRSM Pendang antara paling teruk dilanda ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENDANG – Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pendang antara bangunan yang terjejas teruk akibat dibadai ribut petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, banyak rumah dan premis di beberapa daerah di negeri ini dilaporkan rosak.

Jumlah sebenar rumah dan bangunan terjejas masih belum dapat dipastikan.

Di Pendang, antara kawasan terlibat ialah Kampung Gajah Mati, Kampung Lampam, Kampung Bukit Sagor, Sungai Jagong, Seberang Pendang, RTP Paya Mak Insun dan Lahar Batu.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pendang, Leftenan (PA) Yuslina Yusoff berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.30 petang.

“Setibanya di lokasi, anggota APM mendapati beberapa rumah rosak akibat angin kencang. Pemantauan di lokasi kejadian masih diteruskan dari semasa ke semasa,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 3.30 petang.

Katanya, antara lokasi terjejas ialah Masjid Al-Fateh di Serdang, Kampung Batu 18, Pekan Serdang dan Klinik Kesihatan Serdang.

“Kita mendapati beberapa rumah, dewan, premis kerajaan serta bangunan persendirian rosak akibat ribut.

“Pasukan APM turut menjalankan kerja lapangan termasuk memotong pokok tumbang dan membersihkan kawasan sekitar,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN