fbpx

602 jemaah umrah terjejas tuntut RM6.2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rusman (tengah) bersama mangsa ahli jemaah umrah Emraz di Putrajaya, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Sebuah agensi pengendali umrah diberi masa sehingga awal Jun ini bagi menyelesaikan tuntutan lebih RM6.2 juta oleh 602 individu susulan gagal membawa jemaah umrah ke Tanah Suci.

Tuntutan itu dikemukakan sebuah jawatankuasa bertindak mangsa umrah ketika ditemui pemberita selepas mengadakan sidang akhbar di hadapan ibu pejabat Syarikat Emraz Travel and Tours Sdn. Bhd. (Emraz) di sini, pagi ini.

Ketuanya, Rusman Abu Samah berkata, jika tuntutan itu tidak dipenuhi maka, pihaknya tidak teragak-agak untuk memfailkan kes di Mahkamah Tinggi bagi proses tuntutan selanjutnya.

Beliau berkata, pihaknya sudah mendapatkan khidmat peguam bagi proses itu dan kes akan difailkan pada 2 Jun ini jika tiada apa-apa tindakan dibuat syarikat itu.

“Saya juga akan bertemu dengan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan di Parlimen petang ini bagi menyatakan pendirian jawatankuasa berhubung isu itu,” katanya.

Katanya, beberapa laporan polis telah dibuat di seluruh negara oleh beberapa mangsa malah, pihaknya juga sedang menunggu tindakan susulan dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI