fbpx

105 laporan polis diterima babit penipuan pakej umrah Emraz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima sebanyak 105 laporan polis berhubung isu penipuan pakej umrah yang ditawarkan oleh Syarikat Emraz Travel and Tours Sdn Bhd (Emraz).

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin dalam satu kenyataan hari ini berkata, sehingga kini, sebanyak enam enam kertas siasatan telah dibuka.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Hasil siasatan mendapati syarikat tersebut mempunyai lesen perniagaan yang sah.

“Jumlah kerugian keseluruhan bernilai lebih RM3.9 juta,” katanya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, Emraz diberi masa sehingga awal Jun ini bagi menyelesaikan tuntutan lebih RM6.2 juta oleh 602 individu susulan gagal membawa jemaah umrah ke Tanah Suci.

Tuntutan itu dikemukakan sebuah jawatankuasa bertindak mangsa umrah ketika ditemui pemberita selepas mengadakan sidang akhbar di hadapan ibu pejabat syarikat tersebut, di sini, pagi ini.

Ketuanya, Rusman Abu Samah berkata, jika tuntutan itu tidak dipenuhi maka, pihaknya tidak teragak-agak untuk memfailkan kes di Mahkamah Tinggi bagi proses tuntutan selanjutnya.

Katanya, beberapa laporan polis telah dibuat di seluruh negara oleh beberapa mangsa malah, pihaknya juga sedang menunggu tindakan susulan dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI