fbpx

Lelaki lemas ketika cuba menarik jala tersangkut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelamat membawa mayat mangsa yang dijumpai lemas ketika cuba menarik jala yang tersangkut di dasar sungai berhampiran Rumah Mawan, Lubok Sagau, Ulu Pedanum, Pakan semalam.

PAKAN – Seorang lelaki ditemui mati lemas selepas hilang ketika cuba menarik jala yang tersangkut di dasar sungai berhampiran Rumah Mawan, Lubok Sagau, Ulu Pedanum di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 1.20 petang semalam dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor ke lokasi.

“Setibanya di tempat kejadian, pasukan bomba menggunakan teknik pencarian di permukaan air dan ‘skin dive’ serta menggunakan ‘grappling iron’ untuk mencari mangsa. Mangsa berjaya dijumpai lima meter dari lokasi dilaporkan hilang pada jam 4:15 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat lelaki berusia 37 tahun itu seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu, katanya sebelum kejadian, mangsa dikatakan bersama-sama tiga rakannya sedang menjala ikan sebelum jala yang digunakan tersangkut pada kayu di dasar sungai.

“Mangsa kemudiannya menyelam untuk menarik jala yang tersangkut. Pada mulanya mangsa berjaya naik ke atas setelah membuat selaman sebanyak dua kali, namun pada selaman kali ketiga mangsa tidak timbul.

“Rakan mangsa telah memaklumkan kejadian kepada orang kampung dan isteri mangsa terus membuat panggilan berkenaan kehilangan mangsa,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI