fbpx

Jenazah Awang Askandar akan dibawa ke Kathmandu hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Awang Askandar.

PUTRAJAYA – Jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Awang Askandar Ampuan Yaacub akan dibawa ke Kathmandu hari ini jika urusan bawa turun dari kem empat berjalan lancar seperti dijadualkan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Kementerian Luar Negeri menerusi kenyataan akhbar hari ini dan menurutntya jenazah terlebih dahulu akan di bawa ke Everest Base Camp sebelum dipindahkan menggunakan helikopter.

Pada masa sama kata kementerian itu, , proses mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi pendaki, Muhammad Hawari Hashim sedang giat dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan.

“Usaha SAR udara telah dijalankan sejak Sabtu lalu namun, masih tidak berjaya mengesan mangsa. Proses mencari dan menyelamat kini diteruskan dengan SAR darat di kawasan lurah-lurah ais bermula semalam,” katanya di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI