fbpx

Bekas ADUN Tambun Tulang meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Kassim

KANGAR – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Selayang, Selangor sebentar tadi.

Perkara berkenaan disahkan oleh Setiausaha Perhubungan UMNO Perlis, Azizan Sulaiman ketika dihubungi sebentar tadi.

“Allahyarham merupakan adik kepada Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim. Shahidan turut berada di Hospital Selayang sejak tengah hari tadi,”katanya.

Ismail, 63, pernah menyandang jawatan ADUN Tambun Tulang dari 2013 hingga 2022, selain pernah menjadi Ahli Parlimen Arau sejak 2008 hingga 2013. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI