fbpx

Aktiviti lawat Madinah sebelah pagi elak cuaca panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN jemaah Malaysia dibawa menziarahi Masjid Nabawi seperti makam nabi dan perkuburan Baqi sebagai aktiviti pertama selepas tiba di Madinah kelmarin.

MADINAH – Tabung Haji (TH) telah menyusun jadual ziarah Madinah dan tempat bersejarah pada waktu pagi bagi menge­lakkan masalah kepada jemaah ekoran cuaca panas ketika ini.

Pengurus Ibadat dan Ziarah sektor Madinah, Muhammad Fakhrur Ridzwan Othman berkata, ini bagi memastikan bakal haji tidak terdedah kepada suhu panas dalam tempoh lama.

“Kita akan cuba untuk percepatkan perjalanan tersebut bergantung kepada situasi trafik dan hal-hal semasa,” katanya kepada pemberita di sini.

Semalam kumpulan pertama 284 jemaah haji Malaysia musim 1444 Hijrah selamat tiba di Madinah pada pukul 7 pagi.

Secara keseluruhan seba­nyak 102 penerbangan membawa 31,600 bakal haji akan bertolak secara berperingkat sama ada ke Madinah atau Mekah, dengan penerbangan terakhir musim haji kali ini pada 21 Jun depan.

Sementara itu, Muhammad Fakhrur Ridzwan berkata, TH akan menyantuni segala persoalan mengenai ibadat umrah dan haji melalui pelbagai platform bagi memastikan jemaah mendapat informasi yang tepat.

Katanya, bagi sektor Madinah, lapan pembimbing ibadat bertugas bagi membantu jemaah dari segi persoalan agama.

Beliau berkata jemaah haji juga boleh menggunakan aplikasi e-Bimbingan Haji bagi membantu mereka mempelajari ilmu berkaitan haji dengan lebih mudah secara dalam talian.

Selain itu, katanya, bakal haji juga boleh mendapatkan jawapan kepada persoalan ibadah haji menerusi e-Taib, platform pertanyaan menerusi aplikasi WhatsApp dan Talian Ibadah Haji (Taib) menerusi panggilan telefon.

Menurutnya permasalahan mengenai dam (bayaran denda) dan fiqh (ilmu mengenai hukum hakam) wanita dalam ibadat umrah dan haji menjadi antara soalan lazim sering dibangkitkan jemaah haji negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI