fbpx

Strok haba boleh sebabkan kematian jemaah haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asraf Ahmad Qaruddin.

MADINAH – Jemaah haji yang mengambil ringan dan tidak mempedulikan mengenai penjagaan kesihatan ketika berada di Tanah Suci berdepan risiko mengalami strok haba hingga boleh membawa kepada kematian ekoran suhu panas yang melebihi 40 darjah Celsius ketika ini.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam Madinah, Dr. Asraf Ahmad Qamaruddin berkata, antara simptom menunjukkan badan seseorang itu mengalami strok haba ialah kulit akan menjadi kering dan kemerahan termasuk pada bahagian lidah dan bibir.

Katanya, jika dibiarkan pesakit bukan sahaja akan mengalami kekejangan otot dan mungkin pengsan, malah ia boleh membawa kepada kematian jika tidak dirawat lebih awal.

“Suhu di Saudi ketika ini melebihi 40 darjah Celsius di mana ia panas dan kering. Ia boleh menyebabkan jemaah mengalami strok haba terutama bagi mereka yang berusia 60 tahun ke atas yang mempunyai penyakit kronik seperti darah tinggi, buah pinggang dan kencing manis.

“Oleh itu jemaah dinasihatkan supaya mengelakkan diri terdedah kepada cuaca panas dalam tempoh lama dan pastikan minum air sekurang-kurangnya tiga liter sehari,” katanya pada sidang akhbar di pusat operasi perubatan Tabung Haji (TH) di sini semalam.

Menurut Asraf, jemaah juga perlu menyapu losyen dan memakai pakaian yang longgar serta berwarna cerah.

Tambahnya, jika mempunyai simptom sedemikian, jemaah dinasihatkan supaya segera mendapatkan rawatan di zon perubatan yang disediakan TH. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI