fbpx

Singa makan tuan di Slovakia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pemilik zoo dibaham singa peliharaannya di Oskerda, Slovakia baru-baru ini. - Foto Newsflash

BRATISLAVA, Slovakia – Seorang pemilik zoo maut dibaham singa ketika memberi makan binatang buas tersebut, manakala polis hanya dapat menemui anggota badannya di tempat kejadian, lapor portal berita Daily Star semalam.

Jozef B, 56 yang dikenali sebagai Joe Exotic dan berasal dari Britain terbunuh pada Selasa lalu di zoo kecil miliknya di Oskerda, Slovakia.

Pemilik zoo itu mempunyai permit untuk memelihara binatang buas tetapi ia telah tamat tempoh pada 2019, manakala Jozef tidak memperbaharuinya sehinggalah  dia mati dibaham singa-singa tersebut.

Seorang penduduk tempatan dikenali sebagai Peter berkata: “Dia sangat sombong, dia tidak tahu bagaimana cara untuk berkelakuan. Dia mendera haiwan dan keadaan binatang itu sangat teruk.”

Pada 2019, seorang wanita berusia 29 tahun cedera ketika ‘bermain’ dengan seekor harimau di zoo tersebut dan Jozef ketika itu berkata: “Kami akan terus beroperasi dan tiada siapa yang berisiko di sini.”

Polis tempatan membunuh dua ekor singa selepas menemui bahagian tubuh manusia milik Jozef.

Pihak berkuasa kini mempertimbangkan untuk membunuh semua singa dan harimau di zoo itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI