fbpx

Cuti sekolah mak-mak ‘menjelma’ jadi singa?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar-gambar AI yang dikongsikan Zul Adam tular di media sosial.

PETALING JAYA – Cuti sekolah adalah perkara menggembirakan bagi anak-anak yang bersekolah, namun ‘ngeri’ juga bagi sesetengah kaum ibu.

Ia digambarkan menerusi foto-foto yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (artificial intelligence) atau AI, di mana ibu berwajah singa dilihat sedang memarahi anak yang nakal.

Seorang pengguna media sosial Zul Adam, di kumpulan Facebook Prompters Malaya, telah berkongsikan beberapa gambar berkenaan dipercayai yang dihasilkannya dan menjadi tular.

“Sekarang kita berada di musim singa mengamuk di dalam rumah, minta perhatian pihak bapa-bapa jangan terlibat, jika anda tidak mahu dipulas telinga,” katanya berseloroh.

Perkongsiannya itu mendapat perhatian orang ramai yang rata-rata bersetuju dengan mesej yang ingin disampaikannya.

“Ooo ni lah maksudnya garang macam singa,” ujar Shahzeri Ridza.

“Singa, rimau, naga, tarzan semua ni ada dalam satu rumah, tengok kesesuaian masa,” komen Rozi Maria.

“Bapak-bapak baik buat rajin. Kalau tak nanti terkena sekali,” pesan Siti Zanita. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI