fbpx

’10 tahun yang bahagia, walaupun kadang-kadang saya jadi singa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAIN mendedahkan dia jatuh cinta dengan isterinya, Che Tak disebabkan wajah wanita itu yang sebarang mekap.

PETALING JAYA – Selama 10 tahun berumah tangga, pelakon sensasi Rozita Che Wan bersyukur suaminya, Zain Saidin  tidak cerewet, namun cukup mementingkan tuntutan agama.

Akui pemilik nama sebenar Rozita Abu Bakar, teman hidupnya itu tidak pernah mengarahkannya melakukan kerja-kerja rumah.

“Alhamdulillah syukur untuk 10 tahun yang membahagiakan walaupun saya kadang-kadang jadi singa.

“Untung kami dapat suami macam Zain. Paling tak cerewet, tak pernah suruh kami kemas rumah, basuh baju dan pinggan, saya keluar lepak balik pukul 4 pagi pun dia tak tanya.

“Cuma dia selalu ingatkan, sayang sudah solat? Dia akan tegur hanya kalau aurat saya terdedah,” katanya dalam perkongsian dalam TikTok.

Pelakon Kiah Pekasam itu juga sempat menitipkan pesan kepada golongan Hawa supaya memilih pasangan yang bertanggungjawab demi hidup membahagiakan.

Katanya, bukan menilai kemewahan, sebaliknya calon teman yang tepat adalah individu yang mampu menunaikan tanggungjawab sebagai suami dengan baik.

“Tak perlu lelaki kaya untuk rumah tangga yang bahagia, janji tahu tanggungjawab masing-masing.

“Cari yang tahu agama dan praktikkannya bukan hanya tahu agama tapi jadi penunggang. Nauzubillah.

“Sebenarnya dalam apa juga keadaan membabitkan kehidupan ini, bersederhana itu adalah paling utama,” ujarnya.

Pasangan romantis yang mendirikan rumah tangga pada 11 Disember lalu itu sepatutnya mengadakan majlis istimewa bersama keluarga serta kenalan rapat.

Namun, Sabtu lalu Che Ta memaklumkan hasrat meraikan ulang tahun perkahwinan mereka terbantut selepas disahkan positif Covid-19.

Biarpun semua persiapan sudah disempurnakan, ibu kepada tiga cahaya mata itu Che Ta memilih membatalkan acara tersebut bagi mengelakkan risiko jangkitan kepada tetamu.

Hasil perkongsian hidup dengan aktor berkenaan, mereka dikurniakan seorang puteri, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia 10 tahun.

Che Ta juga mempunyai dua anak lelaki hasil perkahwinannya yang lalu iaitu Ammar Affendy, 27, dan Aniq Ezzra, 25. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI