fbpx

Perompak ‘bantu’ pemilik kedai kejar rakan konco

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perompak itu membantu pemilik kedai mengejar rakannya yang melarikan diri dari lokasi kejadian. - Sanook

HANOI, Vietnam – Satu rakaman video rompakan di Vietnam mengundang ketawa orang ramai, lapor laman berita Thaiger semalam. 

Kejadian pada 15 Mei lalu itu dirakam sistem televisyen litar tertutup (CCTV) sekitar pukul 9 pagi (waktu tempatan) dan tular di media sosial.

Ia memaparkan dua perompak menaiki sebuah motosikal berlegar-legar di luar sebuah kafe. 

Apabila menyedari premis itu kosong, seorang perompak pantas memasuki kedai untuk mencuri. Dia mengambil sebuah tangga besi ketika rakannya bersedia di atas motosikal di luar kedai.

Ketika perompak itu cuba melarikan tangga, pemiliknya tanpa diduga kembali ke kedai lalu mengejar suspek. 

Oleh kerana tangga yang dicuri besar, perompak itu meninggalkannya di lokasi kejadian namun terlupa untuk menaiki motosikal bersama rakan konconya.

Kebetulan pemilik kedai yang cuba mengejar perompak  itu melihat seorang penunggang motosikal berada di tepi jalan dan meminta bantuannya tanpa mengesyaki bahawa dia ialah salah seorang penyamun tersebut.

Penunggang motosikal itu terkejut, tetapi menghidupkan enjin motosikal dan mengejar rakan sejenayahnya bersama pemilik kedai terbabit.

Rakaman berakhir dengan motosikal itu beredar dari sudut pandangan CCTV. Pengakhiran kejadian itu tidak jelas. 

Kejadian itu mengundang tawa netizen yang terhibur melihat kelakuan dua perompak itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI