fbpx

[VIDEO] Lagi kes buli di sekolah, pelajar disepak, ditendang dalam tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video kejadian buli di sebuah sekolah menengah di Butterworth yang tular baru-baru ini.

PETALING JAYA – Aksi seorang pelajar sekolah dipukul, ditampar dan ditendang oleh pelajar lain tular di laman Twitter sejak semalam.

Menerusi perkongsian di laman Twitter @MALAYSIAVIRALL, kejadian tersebut dipercayai berlaku di dalam tandas sebuah sekolah, namun tidak dapat dipastikan lokasi sebenarnya dan tarikh insiden tersebut.

Berdasarkan klip video berdurasi 34 saat itu, kelihatan pembuli memukul, menampar dan menyepak mangsa bertalu-talu sambil dirakam oleh rakannya.

Turut kelihatan seorang lagi pelajar dipercayai rakan pembuli sedang ‘menjaga’ pintu tandas tersebut dipercayai bagi mengelakkan kejadian itu diketahui orang lain.

Bagaimanapun, mangsa tidak melawan dan hanya ‘merelakan’ dirinya dipukul, disepak dan ditendang oleh pembuli.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna Twitter berang dengan kejadian itu dan mahu pihak berkuasa seperti Kementerian Pelajaran (KPM) dan Polis Diraja Malaysia menyiasat perkara itu.

“Mak ayah hantar pergi sekolah supaya kau terbang tinggi sampai ke menara gading, yang kau terbang sana sini dalam tandas pukul anak orang dah kenapa dik?,” ciap @mrfirdausjailan.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @AZHRIBMW.

“YB @FadhlinaSiddiq tidak ada buat kempen kesedaran ke kepada pembuli-pembuli ini? sekarang ni dah banyak kes buli kat sekolah, tolonglah sekarang ni dah abad ke-23 takkan dah ada yang terkorban baru @KemPendidikan sedar dan akan siasat lepas buat kajian,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI