fbpx

Rangka manusia ditemui dalam parit ladang kelapa sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

TAMPIN – Satu rangka manusia ditemukan orang awam di ladang kelapa sawit, Felda Sungai Kelamah, Gemas, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, kira-kira pukul 2.10 petang, anggota bertugas di pejabat pertanyaan Balai Polis Gemas menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan mereka menjumpai tengkorak dipercayai manusia.

“Berdasarkan maklumat tersebut, pihak polis telah ke lokasi kejadian dan telah menjumpai rangka manusia dari pinggul hingga kaki di dalam parit kering, selain sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135 berwarna biru.

“Turut dijumpai helmet dan tali pinggang serta tengkorak manusia. Jarak dari rangka manusia dengan motosikal dianggarkan lebih kurang 15 meter, rangka tulang belakang 10 meter serta tengkorak manusia lebih kurang 80 meter,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Amiruddien lagi, rangka si mati telah di hantar ke Bilik Mayat Jabatan Forensik Hospital Tampin bagi tujuan bedah siasat dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI