fbpx

Selamba datang majlis kahwin orang tak kenal sebab nak makan percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik sehingga menerima kecaman netizen.

PETALING JAYA – Dua sekawan menerima kecaman netizen hari ini gara-gara datang ke majlis perkahwinan orang yang tidak dikenali kerana mahukan makanan percuma.

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan dua lelaki memakai baju berwarna biru itu menaiki motosikal sambil memberitahu ke arah kamera ‘misi mencari makanan percuma’.

Setelah itu, mereka tiba di majlis kenduri perkahwinan orang yang tidak dikenali di sebuah dewan sebelum selamba duduk dan mengambil makanan.

“Entah majlis siapa-siapa yang kau datang ni,” kata salah seorang pemuda itu sambil merakam rakannya.

Sehingga kini video itu mendapat lebih 160,000 tontonan, 261 ulang ciap dan 911 tanda suka.

Susulan itu, orang ramai meninggalkan komen kecaman kepada dua lelaki itu yang dianggap kurang sopan kerana menghadiri majlis tanpa sebarang jemputan tuan rumah.

“Ramai tak tahu agaknya… Kenduri ni bukan rumah terbuka yang siapa-siapa boleh pergi. Dia ada jemputan dah, bajet dah makanan untuk berapa orang makan. Kalau terjah macam tu je, tetamu lain tak dapat makanan, tuan rumah yang malu nanti,” komen Salehah.

“Kalau minta elok-elok kat tuan rumah boleh je. Datang cakap ‘pakcik, saya tak dijemput tapi boleh tak nak makan, saya lapar’ itu pun kalau betul-betul dah terdesak,” komen Taufik.

“Makan memang sedap dan percuma bang. Tapi haram hukumnya makan tanpa dijemput,” komen pengguna lain.

Sementara itu menurut satu video penceramah popular, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI, beliau menyatakan haram hukumnya makan tanpa dijemput di sesebuah majlis.

Ujarnya, dalam kitab-kitab hadis ada menyatakan hukum sedemikian dan seseorang perlu mengganti atau membayar semula ke tuan rumah makanan yang dimakan tanpa izin.

“Sama juga kalau datang kenduri dengan kawan-kawan. Tapi tuan rumah jemput hanya seorang itu sahaja. Maka dia kena minta izin tuan rumah boleh makan atau tidak. Kalau tak boleh, maka kawan-kawan yang lain tu tak bolehlah makan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI