fbpx

[VIDEO] Loya tekak tengok premis kotor, makanan penuh telur lalat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik pengguna tersebut di akaun TikToknya memaparkan keadaan dapur sebuah kedai makan berada dalam keadaan kotor dan menggelikan.

PETALING JAYA – Keadaan sebuah kedai makan yang berada dalam keadaan sangat kotor dengan makanan telah dimasak terdedah kepada serangga menimbulkan rasa loya dalam kalangan pengguna.

Menerusi video yang dimuat naik @abgiknaktegur di TikTok, lantai dapur premis dipercayai milik warga tempatan itu bukan sahaja kotor malah penuh dengan sampah-sarap makanan.

Bukan itu sahaja, terdapat sebuah periuk mengandungi sambal nasi lemak yang telah pun dimasak berada di atas lantai dapur serta diletakkan betul-betul di sebelah tong sampah.

Kelihatan di sekeliling periuk yang tidak ditutup rapat itu telah pun dipenuhi dengan telur lalat sekali gus mencemarkan kebersihan makanan itu.

Selain itu, terdapat beberapa bahan mentah yang dicampur dengan barang-barang masakan lain terbiar terdedah di atas para dapur premis tersebut.

“Akak ni sambal nasi lemak dah siap ke belum? Kalau dah siap kenapa biar tinggal atas lantai macam ni, sampai berbunga-bunga dah telur lalat. Dengan sampah dekat sebelah.

“Kalau akak makan kedai orang, akak pun nak makanan bersih, dapur kedai bersih kan? Apalah jual macam ni dekat orang kak,” tegur lelaki yang dikenali sebagai Inspektor Kesihatan itu kepada pemilik premis tersebut.

Difahamkan, kedai yang tidak dapat dipastikan lokasinya dimana itu telah pun ditutup setelah diberi arahan oleh petugas kesihatan yang datang.

Tambah pemilik video itu, orang ramai dinasihati supaya tidak menunding jari kepada mana-mana negeri kerana kebersihan adalah lahir daripada setiap individu.

“Jangan macam tu sahabat, tidak terlibat mana-mana negeri, ini sikap individu,” jawabnya di ruangan komen apabila ada pengguna yang menuduh premis tersebut berada di sebuah negeri Pantai Timur.

Sehingga kini videonya mendapat lebih 395,800 tontonan, 11,300 tanda suka dan 3,434 perkongsian.

Susulan itu orang ramai berasa geli dan loya tekak selain tidak menafikan banyak kedai-kedai warga tempatan yang berada dalam kotor serta culas dalam aspek kebersihan ketika menyediakan makanan.

“Biasa kalau keadaan dapur macam ni dekat depan ‘presentation’ bukan main elok lagi.. baik warung tepi jalan pula.. Tapi nak buat macam mana pelanggan lebih suka yang ‘glamour’,” komen Hanie.

“Allahuakbar.. saya pun tukang masak.. kalau macam ni lah keadaan makanan rasa berdosa je.. bila nak dapat pendapatan berkat,” komen Quds.

“Kalau saya ikut buat serbuan rasa dah pengsan kot tengok keadaan dapur. Respek abang memang kental, terima kasih dedahkan kami dengan video macam ni,” komen pengguna lain pula. – KOSMO! ONLINE

@abgiknaktegur Kne Heart Attack sy 😌 #abgiknaktegur #sahabat #inspektorkesihatan #fyp ♬ original sound – Abg IK 🤟🏻

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI