fbpx

[VIDEO] Harimau kumbang mati dilanggar MPV di Jelebu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor harimau kumbang yang dipercayai "sesat" disahkan mati selepas dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di kilometer 19, Jalan Seremban-Simpang Pertang, dekat Bukit Tangga, di sini, petang tadi. - IHSAN POLIS

JELEBU – Seekor harimau kumbang yang dipercayai “sesat” disahkan mati selepas dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di kilometer 19, Jalan Seremban-Simpang Pertang, dekat Bukit Tangga, di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintenden Maslan Udin berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, pemandu MPV jenis Honda Odyssey iaitu seorang ellaki berusia 38 tahun sedang memandu dari arah Seremban hendak ke Klawang bersama keluarga.

Menurutnya, setiba di tempat kejadian, iaitu ketika melalui selekoh kanan menuruni bukit di lokasi tersebut, secara tiba-tiba seekor harimau kumbang melintas dari arah kanan jalan.

“Pada masa yang sama pemandu sempat membrek tetapi terlanggar juga harimau kumbang tersebut. Akibat daripada kemalangan, pemandu dan keluarga tidak mengalami apa-apa kecederaan.

“Selepas perlanggaran tersebut, harimau kumbang itu kemudiannya bergerak ke longkang berhampiran yang terletak kira-kira empat meter lalu mati di lokasi tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI