fbpx

Elak pembakaran terbuka semasa El Nino

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norazizi (lima dari kiri) melancarkan Program Taklimat Larangan Pembakaran Terbuka Bersama Kakitangan Wisma Persekutuan Seberang Perai Utara (SPU) hari ini. Gambar oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN / KOSMO!

SEBERANG PERAI – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka susulan negara kini sedang dilanda Fenomena El Nino.

Pengarahnya, Norazizi Adinan berkata, pihaknya kini giat menjalankan rondaan sama ada pada hari biasa termasuklah hujung minggu bagi mengekang kegiatan pembakaran terbuka.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka dan boleh didakwa di bawah Seksyen 29A (2) atau 29B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

“Sabit kesalahan, individu boleh didenda sehingga maksimum RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun,” katanya selepas merasmikan Program Taklimat Larangan Pembakaran Terbuka Bersama Kakitangan Wisma Persekutuan Seberang Perai Utara (SPU) dan Agensi Diperwakilkan Kuasa Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia di Wisma Persekutuan, di sini hari ini.

Seramai 200 peserta yang terdiri daripada penjawat awam antaranya anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihaknya menerima 333 aduan berhubung pembakaran terbuka bermula awal tahun ini sehingga April lalu.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 229 kes yang direkodkan meliputi aduan pencemaran udara manakala selebihnya membabitkan aduan pencemaran udara yang disebabkan pembakaran terbuka,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI