fbpx

Pelbagai kaum meriahkan jamuan Hari Raya Masjid Tengku Sulaiman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JASVIR Singh (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada Kadi Bentong, Ahmad Zaharuddin (tiga dari kiri) pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Masjid Tengku Sulaiman Ketari di Bentong.

BENTONG – Keharmonian masyarakat pelbagai kaum di daerah ini terus subur apabila majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri Masjid Tengku Sulaiman Ketari di sini seperti biasa dihadiri masyarakat pelbagai kaum dan agama.

Dalam jamuan hari raya yang diadakan di pekarangan masjid itu menyaksikan kehadiran masyarakat pelbagai kaum seperti, Melayu, Cina, India dan Sikh.

Sempena majlis berkenaan Pegawai Khas Menteri Besar, Datuk Jasvir Singh Ram Singh turut hadir dan menyampaikan sumbangan wang tunai daripada Ahli Majlis Perbandaran Bentong kepada masjid berkenaan.

Kadi Daerah Bentong yang juga Pengerusi Masjid Tengku Sulaiman Ketari, Ahmad Zaharuddin Mohd Alias berkata, majlis jamuan hari raya yang diadakan setiap tahun itu memang sentiasa dihadiri masyarakat berbilang kaum.

Katanya, sambutan kali ini turut menyaksikan kehadiran wakil menteri besar dan pelajar-pelajar sekolah tahfiz di daerah ini yang memeriahkan lagi majlis.

“Di sini saya juga ingin berterima kasih kepada Pegawai Khas Menteri Besar, Datuk Jasvir Singh Ram Singh yang sudi datang dan turut menyampaikan sumbangan kepada masjid untuk melaksanakan pelbagai aktiviti.

“Semoga dengan kehadiran pelbagai pihak dan orang ramai daripada pelbagai kaum dapat terus mengeratkan silaturahim dan keharmonian antara semua masyarakat di daerah ini,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Masjid Tengku Sulaiman Ketari di sini hari ini.

Sementara itu Jasvir Singh yang juga Ahli Majlis Perbandaran Bentong berkata, kehadiran masyarakat pelbagai kaum dalam sambutan hari raya masjid berkenaan membuktikan semangat muhibah dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum.

Justeru katanya, amalan sambutan hari raya yang dihadiri masyarakat pelbagai kaum di daerah ini perlu terus dikekalkan dari semasa ke semasa.

“Saya mengucapkan terima kasih atas jemputan ini dan saya berharap sumbangan ini dapat sedikit sebanyak membantu pihak masjid melaksanakan pelbagai aktiviti,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI