fbpx

MITI cari jalan tampung tenaga mahir aeroangkasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAFRUL menandatangani plak simbolik perasmian bangunan 6 (B6) milik CTRM di Batu Berendam, Melaka. - Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI / KOSMO!

MELAKA – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk memastikan jumlah tenaga mahir dilahirkan selari dengan keperluan sektor aeroangkasa.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sehingga kini terdapat seramai 27,500 tenaga kerja di bawah bidang tersebut, namun jumlah itu dilihat masih tidak seimbang dengan pelaburan yang diterima daripada pihak luar.

“Dengan permintaan semakin meningkat, aspek penting perlu diambil kira adalah memastikan tenaga mahir mencukupi, pada tahun lalu sahaja nilai eksport aeroangkasa mencecah RM19.8 bilion dan dijangka meningkat kepada RM23.76 bilion tahun ini.

“Justeru, MITI bersama-sama KPT akan cuba memastikan tenaga mahir ini mencukupi kerana kita bukan sahaja menjadi destinasi untuk pelaburan bagi infrastruktur tetapi juga tenaga mahir,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar dalam sidang akhbar majlis perasmian bangunan 6 (B6) milik Composites Technology Research Malaysia Sdn. Bhd. (CTRM) di Batu Berendam di sini, hari ini.

Tambahnya, sehingga kini terdapat 50 buah syarikat terlibat dalam sektor pembuatan komponen aeroangkasa dengan 80 peratus daripadanya adalah syarikat tempatan termasuklah syarikat Perusahaan kecil dan sederhana (PKS). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI