fbpx

IJN Ride pantau situasi cuaca panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JEFFREY (dua dari kanan) bergambar bersama pasukan sebagai simbolik perasmian IJN Ride 4 Your Heart yang akan diadakan di Kuala Nerus pada 27 Mei ini.

PETALING JAYA – Penganjur IJN Ride 4 Your Heart akan mengambil langkah berjaga-jaga dan memantau situasi semasa susulan cuaca panas ketika ini menjelang aktiviti berbasikal itu di Kuala Nerus, Terenganu pada 27 Mei ini.

Pengarah Sukan Kardiovaskular dan Kecergasan/Pakar Perunding Kanan Bedah Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Seri Dr. Jeffrey Jeswant Dillon berkata, pihaknya juga menasihatkan peserta agar melakukan persediaan dari sudut fizikal dan mental kerana situasi cuaca ketika ini sememangnya agak mencabar.

“Buat masa ini, aktiviti luar masih boleh dilangsungkan. Jadi kami menasihatkan kepada setiap peserta supaya banyak minum air dan kami juga akan menyediakan tambahan stesen untuk mengambil air yang mencukupi.

“Kami juga menggesa semua peserta supaya memantau had badan mereka sendiri. Ketika kita bersemangat untuk mengambil bahagian, ia juga boleh berisiko untuk mengakibatkan kecederaan. Jadi adalah lebih baik untuk kita dapat memahami kemampuan diri sendiri.

“Memandangkan laluan untuk aktiviti berbasikal ini membabitkan sepanjang tepi pantai, peserta juga harus sedar dengan situasi angin laut yang kuat di kawasan yang mereka lalui nanti,” katanya pada sidang media IJN Ride 4 Your Heart kelmarin.

BARISAN penaja yang turut serta menjayakan penganjuran IJN Ride 4 Your Heart yang akan berlangsung di Kuala Nerus pada 27 Mei ini.

Jeffrey berkata, seramai 600 peserta sudah mengesahkan penyertaan dan ia dijangka bertambah menjelang berlangsungnya hari perlumbaan itu nanti.

Katanya lagi, Terengganu menjadi pilihan penganjuran edisi ketiga IJN Ride 4 Your Heart itu kerana pihaknya mahu memberi pengalaman bermakna kepada setiap peserta.

“Dengan 2023 adalah tahun melawat Terengganu, ia juga adalah peluang terbaik untuk menganjurkan aktiviti berbasikal ini,” katanya.

Penganjuran kali ini membabitkan tiga kategori iaitu 30 kilometer (km) Fun Ride serta 88km dan 120km di mana kedua-dua kategori itu formatnya adalah perlumbaan.

Dua edisi IJN Ride 4 Your Heart sebelum ini pada 2016 dan 2017 berlangsung di Lembah Klang iaitu di Universiti Nottingham, Semenyih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI