fbpx

EPL: Sikap peminat Arsenal mengecewakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARSENAL tewas kepada Brighton pada perlawanan wajib menang menyebabkan para penyokong mereka begitu kecewa. – AFP

LONDON – Legenda Arsenal, Ian Wright mengakui sangat terkilan dengan sikap para penyokong The Gunners yang meninggalkan Emirates ketika pasukan itu tewas 0-3 kepada Brighton sebelum perlawanan berakhir.

Ketika Manchester City berjaya menewaskan Everton sebelum itu, Arsenal perlu meraih kemenangan ke atas Brighton untuk menghidupkan peluang mencabar kejuaraan, namun kekalahan itu hampir pasti menutup peluang terbaik yang dimiliki sejak 19 tahun lalu.

Kecewa dengan persembahan yang ditampilkan oleh para pemain dan keputusan perlawanan yang tidak memihak, para penyokong menunjukkan tanda protes dengan meninggalkan stadium sebelum perlawanan tersebut berakhir.

Menurut bekas pemain antarabangsa England itu, para penyokong seharusnya tidak lupa mengenai sasaran kelab tersebut pada awal musim yang me­nyasarkan kedudukan ke saingan Eropah dan bukannya mencabar kejuaraan.

“Apa yang mengecewakan saya apabila penyokong me­ninggalkan stadium lebih awal ketika kedudukan 0-2. Mereka seharusnya tidak lupa dengan sasaran yang diletakkan oleh kelab ini pada awal musim.

“Bagaimanapun, sebuah pasukan dengan sumber yang terhad, kehilangan ramai pemain mampu memberikan cabaran kepada City.

Secara metamatik (memenangi kejuaraan) masih lagi tidak mustahil walaupun peluangnya tipis,” jelasnya.

Musim ini menyaksikan The Gunners menguasai takhta liga dalam sebahagian besar saingan, namun gagal mengekang City selepas hanya meraih sembilan mata daripada 21 mata maksimum pada tujuh perlawanan terakhir.

Tiga keputusan seri ketika menentang Liverpool, West Ham United dan Southampton selain kekalahan 1-4 berdepan City menyebabkan kedudukan The Gunners menjadi goyah sebelum takhta liga berjaya dirampas oleh skuad kendalian Pep Guardiola. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI