fbpx

Mid Valley beroperasi semula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak Bomba berjaya memadamkan api kebakaran pada pukul 12.44 tengah hari tadi, di pusat beli-belah Mid Valley, hari ini.

KUALA LUMPUR – Semua pejabat, hotel dan kedai dalam kawasan kompleks beli belah Mid Valley akan dibuka semula esok ekoran kebakaran yang berlaku pagi tadi.

Menerusi kenyataan di akaun Facebooknya, pihak pengurusan Mid Valley City berkata, kebenaran telah diterima daripada pihak berkuasa berkaitan pembukaan semula premis dengan selamat.

“Kami berbesar hati ingin memaklumkan premis akan beroperasi seperti biasa esok setelah siasatan menyeluruh dijalankan oleh pihak berkuasa.

“Kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan kesabaran anda yang tidak berbelah bahagi sepanjang tempoh yang mencabar ini,” katanya.

Tambahnya, ucapan terima kasih turut dizahirkan kepada semua pihak berkuasa tempatan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Tenaga Nasional Berhad dan Polis Diraja Malaysia di atas tindakan dan kerjasama yang pantas.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan sebuah pencawang masuk utama ke bilik transformer di bangunan Mid Valley berkeluasan 1,600 kaki persegi terbakar 70 peratus kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur M. Fatta M. Amin, kebakaran melibatkan minyak transformer sebanyak 12,400 liter. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI