fbpx

PPIM gantung pegawai, nafi keluar kenyataan minta pertimbangan MOTAC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nadzim

PUTRAJAYA – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bertindak menggantung tugas seorang pegawainya serta-merta berhubung satu sidang akhbar dilakukannya semalam.

Menurut Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan menerusi kenyataan berkata, beliau tidak mengetahui mengenai sebarang kenyataan atau sidang akhbar dibuat oleh pegawai itu.

“Saya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu berkenaan malahan PPIM juga masih meneliti maklumat kes dan siasatan pihak berkuasa sendiri,” katanya di sini hari ini.

Beliau merujuk laporan akhbar semalam yang menyatakan pegawai tersebut meminta bakal jemaah umrah mempertimbangkan aduan mengenai agensi pengendalian umrah.

Ini termasuk aduan kepada pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berhubung isu penangguhan tarikh penerbangan ke tanah suci oleh agensi berkenaan.

Mengulas lanjut, Nadzim berkata, PPIM menggantung pegawai tersebut kerana didapati melanggar etika apabila mengeluarkan kenyataan mewakili badan itu tanpa kebenaran.

“Jawatankuasa PPIM telah mengambil tindakan penggantungan jawatan pegawai itu kerana perbuatannya bercanggah dengan keputusan jawatankuasa PPIM,” tegasnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI