fbpx

Kes nafkah anak tak berkesudahan, Sam Bunkface harap keadilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAM menharapkan keadilan akan berpihak kepadanya berhubung kes tuntutan nafkah anaknya, Maleeq. - MOHD. FIRDAUS MOHD. JOHARI

SHAH ALAM – Masih belum menemui titik noktah, vokalis kumpulan Bunkface, Sam berharap keadilan akan berpihak kepadanya berhubung kes tuntutan mengubah perintah nafkah anak dengan bekas isterinya, Aida Azira Husin.

Sam berkata, selaku plaintif yang menuntut pindaan tersebut daripada Aida juga menyerahkan hak sepenuhnya kepada badan kehakiman untuk menentukan keputusan kes berkenaan.

“Harapan saya ialah keadilan diberikan.

“Saya cuma mencari keadilan dan insya-Allah mahkamah yang mulia ini akan tentukan,” katanya kepada Kosmo! Online selepas prosiding tuntutan pindaan nafkah anak di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, hari ini.

Sam atau nama sebenarnya, Shamsul Annuar Muhammad Baharom bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perbicaraan kes yang masih berjalan di mahkamah.

Sam berharap keadilan akan berpihak kepadanya berhubung kes tuntutan mengubah perintah nafkah anak dengan bekas isterinya, Aida Azira Husin. – MOHD. FIRDAUS. MOHD. JOHARI

“Selain daripada itu, sila tanya pihak Aida.

“Saya tiada apa-apa nak cakap. Kalau saya nak cakap sesuatu, saya akan beri kenyataan besar punya,” ujarnya.

Ditanya sama ada bertemu dengan Maleeq pada hari raya Aidilfitri tahun ini, Sam hanya memanjatkan rasa syukur.

“Alhamdulillah setakat ini okey,” katanya tanpa berkongsi lanjut mengenai pertemuan dengan Maleeq.

Sementara itu, Aida enggan memberi sebarang kenyataan kepada pihak media berhubung perbicaraan yang berlangsung hari ini.

Hari ini,  wanita itu selaku defendan berpendapat, Maleeq tidak akan mendapat kehidupan yang sempurna sekiranya nafkah yang diberikan Sam dikurangkan jumlahnya.

Pada April lalu, Sam menepis tuduhan Aida berhubung dakwaan mengabaikan  tanggungjawab terhadap Maleeq.

Aida enggan memberi sebarang kenyataan kepada pihak media berhubung perbicaraan yang berlangsung, hari ini.

Dia juga turut mengulas punca pindaan nafkah anak mereka dua tahun lalu, daripada RM1,300 kepada jumlah yang mampu dilunaskan. Katanya, perkara tersebut berlaku ketika ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sam mendakwa punca pendapatannya sangat terhad selain lebih dua tahun perniagaan turut terjejas.

Terdahulu, pada 29 Mac lalu Sam dan Aida hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling bagi sebutan kes pindaan nafkah anak mereka.

Aida tidak bersetuju dengan permohonan dibuat penyanyi itu, selain meminta bukti sekiranya tidak mempunyai pendapatan atau tawaran persembahan seperti dikatakan.

Sam mendirikan rumah tangga dengan Aida yang juga penerbit rancangan sebuah stesen televisyen pada 25 April 2015, namun bercerai empat tahun kemudian.

Hasil perkahwinan, Sam dan Aida dikurniakan anak lelaki iaitu Maleeq kini berusia tujuh tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI