fbpx

Lelaki cuba pecah tabung masjid diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar CCTV yang menunjukkan cubaan suspek memecahkan tabung masjid di Kampung Parit Jawa, Bagan Serai pada 9 Mei lalu.

BAGAN SERAI – Seorang lelaki yang gagal memecahkan sebuah tabung masjid di Kampung Parit Jawa di sini pada 9 Mei lalu kini menjadi buruan pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff berkata, aktiviti jenayah yang cuba dilakukan oleh suspek itu telah dirakam melalui sebuah televisyen litar tertutup (CCTV) di masjid tersebut.

“Rakaman CCTV berdurasi 1 minit 29 saat itu telah tular di media sosial dan pihak pengurusan masjid telah tampil membuat satu laporan berhubung kejadian itu.

“Susulan daripada laporan tersebut, pihak polis telah menjalankan siasatan dan hasilnya mendapati suspek gagal memecahkan tabung berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, walaupun suspek gagal dalam tindakannya, namun pihak polis tetap berusaha untuk mengesan lelaki itu.

“Kita meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan diri suspek untuk menyalurkannya kepada balai polis yang berhampiran atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian di talian 05-7212222,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI