fbpx

Hoki Sukan Sea 2023, ibarat Malaysia lawan Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran yang dilakukan satu laman berita sukan Asean World 24 yang memerli Malaysia berjaya menewaskan Pakistan dalam perlawanan hoki Sukan Sea 2023.

PETALING JAYA – Sebelum ini tular berkenaan penganjur Sukan Sea 2023, Kemboja yang menggunakan pemain badminton dari China mewakili pasukan kebangsaannya ketika berhadapan pasukan badminton Myanmar.

Malah, pasukan bola keranjang Kemboja juga turut digelar pasukan dari Amerika Syarikat (AS) selepas hampir keseluruhan pemainnya adalah pemain dari negara Uncle Sam itu.

Bukan itu sahaja, pasukan kriket Kemboja bagi Sukan Sea 2023 juga turut didakwa mengambil pemain dari India semata-mata untuk mendapatkan pingat emas kepada tuan rumah.

Terbaharu, pasukan hoki lelaki Malaysia yang ternyata merupakan pasukan terkuat di rantau Asean turut tidak terlepas dengan situasi tersebut apabila berhadapan hampir keseluruhan pemain hoki pasukan Kemboja didakwa adalah dari Pakistan.

Menerusi laman sukan ASEAN World 24 yang menyebarkan gambar pemain-pemain hoki Kemboja yang rata-ratanya adalah dari Pakistan, turut memerli bahawa pasukan Malaysia sebenarnya sudah berjaya menewaskan pasukan Pakistan.

“Sukan Sea 2023. Tahniah Malaysia kerana sudah berjaya kalahkan Pakistan dalam permainan hoki,” jelas laman tersebut.

Terdahulu, pada perlawanan hoki pada lelaki yang berlangsung pada petang semalam menyaksikan Malaysia berjaya menewaskan Kemboja dengan jaringan 6-0.

Orang ramai turut menyokong kenyataan dari laman sukan tersebut dan menyifatkan Kemboja terlalu terdesak untuk memperolehi sebanyak mungkin pingat emas kali ini.

“Terdesak sangat Kemboja ni, tak perlu risau pasukan Pakistan yang asli pun kami boleh menang inikan pula pasukan Pakistan celup, biasa sahaja ni,” kata Mad Zaid.

“Lepas ni setiap penganjur akan buat cara sama, kenapa la Kemboja ni tak ada semangat kesukanan langsung. Dah macam tak ada warganegara mereka dalam negara sendiri,” kata Faizul Yusoff. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI