fbpx

Aktiviti gengsterisme, dendam punca lelaki ditembak selepas makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein Omar Khan ketika sidang akhbar di dewan serbaguna di Balai Polis Seri Kembangan, hari ini.

SERDANG – Polis menahan empat suspek berhubung kejadian seorang lelaki mati ditembak ketika berjalan menuju keretanya sebaik selesai makan di sebuah medan selera di Jalan Bandar 1, Pusat Bandar Puchong, Puchong, di sini Khamis lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kesemua suspek merupakan lelaki tempatan berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun ditahan di sekitar Kinrara, Puchong di sini Jumaat lepas.

“Berdasarkan siasatan, motif dipercayai menjurus kepada aktiviti berkaitan gangsterisme dan dendam.

“Mangsa ini juga mempunyai pelbagai rekod jenayah dan dipercayai terlibat aktiviti gengsterisme,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Dewan Serbaguna Balai Polis Seri Kembangan, di sini hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, polis menerima aduan daripada orang awam mengatakan seorang lelaki dalam keadaan terbaring berlumuran darah dan tidak sedarkan diri di sebelah medan selera terbabit, sekitar pukul 12.35 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan dipetik berkata, pemeriksaan mendapati mangsa seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun dan beralamat di Dengkil, Selangor.

Semakan mendapati mangsa mempunyai 21 rekod jenayah dan pernah menjalani hukuman mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan (samun berkumpulan) dan Seksyen 397 kanun sama (samun berkumpulan) bersenjata).

Mangsa juga pernah ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI