fbpx

Rayuan luar tahun giliran masih dikenakan bayaran penuh – TH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saleh menyantuni kumpulan kedua petugas haji berlepas ke tanah suci di Pusat Konvensyen Movenpick hari ini.

SEPANG – Bakal jemaah berpendapatan B40 yang rayuan diterima meskipun di luar tahun giliran masih dikenakan pembayaran kos penuh untuk pakej haji secara muassasah.

Perkara berkenaan dijelaskan oleh Pengarah Eksekutif Haji, Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman sebagai merujuk kekeliruan isu kos tersebut.

“Jika di luar gilirannya, tidak kira B40 atau M40 atau T20, dia perlu bayar penuh jika rayuan diterima tahun ini,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Konvensyen Movenpick hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan pemberita mengenai, kenyataan bekas Pengarah Urusan Kumpulan TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin pada 21 Mac lalu yang menyatakan rayuan di luar giliran dikenakan kos penuh RM30,850.

Bayaran itu namun dikecualikan kepada kes rayuan sebagai mahram kepada jemaah atau menjadi pembantu kepada jemaah berusia lanjut terpilih untuk mengerjakan haji kali ini.

Mengulas lanjut, Syed Saleh yang juga Ketua Rombongan Haji Malaysia berkata, pihak TH sudah memberi penerangan berhubung isu ‘panas’ itu menerusi pelbagai wadahnya.

“Mungkin ada kekeliruan terutama bakal jemaah B40 yang rayuan diluluskan walhal bukan tahun giliran dan dia terkejut apabila perlu bayar penuh macam kumpulan T20,” ujarnya.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan secara rasional kenapa B40 harus membayar penuh tetapi difahamkan ia kerana bakal jemaah itu mengisi kuota bukan tahun gilirannya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI