fbpx

Mayat dua remaja dikhuatiri lemas dijumpai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membawa mayat mangsa yang berjaya dijumpai hari ini selepas hilang dipercayai dibawa arus deras ketika mandi di Sungai Rajang berhampiran Jeti Pekan Durin di sini pada Jumaat lalu.

SIBU – Dua remaja lelaki yang hilang dipercayai dibawa arus deras ketika mandi di Sungai Rajang berhampiran Jeti Pekan Durin di sini pada Jumaat lalu ditemukan mati lemas pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata mayat kedua-dua mangsa berusia 15 tahun itu dijumpai dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari ketiga melibatkan pasukan bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan orang awam.

Katanya operasi SAR hari ini bermula pada pukul 7 pagi menggunakan kaedah pencarian di permukaan air, dengan radius pencarian diperluas pada jarak enam kilometer dari tempat mangsa dilaporkan hilang.

“Mangsa pertama dijumpai pada pukul 7.35 pagi manakala mangsa kedua dijumpai pada pukul 8.15 pagi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya pengecaman dan pengesahan kedua-dua mangsa juga telah dilakukan oleh ibu bapa mangsa dengan disaksikan oleh pegawai polis.

Kedua-dua mangsa dilaporkan hilang pada Jumaat lalu, dipercayai dibawa arus deras ketika mandi bersama seorang lagi rakan mereka di Sungai Rajang kira-kira pukul 5 petang.

Kedua-duanya dikatakan terus tenggelam kira-kira 10 meter dari Jeti Pekan Durin manakala seorang lagi rakan mereka selamat.

Susulan itu, operasi SAR segera digerakkan di sungai yang dianggarkan sedalam 20 kaki itu, dengan pasukan SAR semalam membuat kocakan pada lokasi kejadian menggunakan sebuah bot penyelamat bomba sebagai satu langkah alternatif untuk mengeluarkan mangsa sekiranya mangsa masih berada di dasar sungai.

Seterusnya pasukan SAR membuat pencarian dalam radius kira-kira 500 meter lokasi kejadian dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bomba memulakan selaman di lokasi mangsa lemas namun masih gagal menjumpai mangsa. KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI