fbpx

Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar pasti ‘lepas’ PRU16 – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid bercakap pada ucapan pimpinan utama Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di Dewan Merdeka, WTC Kuala Lumpur, hari ini. Foto FARIZ RUSADIO / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat mampu memenangi hati rakyat menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) dan juga berterusan sehingga Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sekiranya kesemua 19 parti di bawah Kerajaan Perpaduan kekal memberi sokongan kepada Anwar, beliau yakin kerajaan yang dibentuk kali ini mampu bertahan lama.

“Saya menyaksikan dalam Majlis Hari Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di setiap negeri yang telah kita pilih, saya merasa terkejut sebagai rakan lama kita telah terpinggir selama 25 tahun sekarang kita bersama semula.

“Datuk Seri Anwar, you are the real Anwar Ibrahim (anda adalah Anwar Ibrahim yang sebenar).

Saya menyaksikan dari Kedah ke Pulau Pinang, ke Kelantan dan Terengganu, malam ini di Selangor, saya amat yakin jika kita terus tetap membantu beliau (Anwar), idealisme yang telah diterjemahkan dalam bentuk dasar-dasar yang baik oleh Kerajaan Perpaduan pasti dapat melepasi PRU16,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi bicara rakyat sempena Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga merupakan Presiden UMNO meminta semua pimpinan serta ahli di bawah UMNO dan BN untuk tidak berkata soal perkara lama yang berlaku antara parti itu dengan parti-parti lain Kerajaan Perpaduan sewaktu tidak bersama dahulu.

“Dulu lawan, sekarang kawan, buat apa kita berlawan, kita perkukuhkan kerajaan perpaduan.

“Dahulu orang pandang warna merah, biru sangat fobia, sekarang semua warna putih, ini menunjukkan kita sedang berdepan politik baharu, perkukuhkan apa yang ada dalam perlembagaan.

“UMNO dan Barisan Nasional diminta jangan lagi pernah menoleh ke belakang, di hadapan sini rakyat seluruh negara mahu beliau bersama 19 parti yang ada terus memaju negara,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI