fbpx

Hakim Danish terlepas podium gara-gara ‘dirempuh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAKIM DANISH disahkan tidak mengalami kecederaan serius selepas terlibat dalam insiden rempuhan sebentar tadi.

PETALING JAYA – Tunggangan memukau Hakim Danish Ramli pada perlumbaan Pusingan 3 Red Bull MotoGP Rookies Cup di Le Mans, Perancis sebentar tadi berjaya menarik minat pengulas saingan tersebut.

Namun, nasib tak menyebelahi Hakim Danish yang tampil dengan perlumbaan agresif apabila memberi cabaran kepada lima pelumba di hadapan selepas gagal menamatkan perlumbaan ekoran terlibat dalam insiden kemalangan di selekoh tiga.

Hakim Danish yang ketika itu berpeluang untuk menaiki podium bagaimanapun terjatuh pada pusingan terakhir perlumbaan itu selepas dilanggar dari arah belakang oleh Alvaro Carpe yang berpunca daripada kesilapan pelumba Sepanyol, Maximo Quiles yang jatuh lebih awal.

Hakim Danish dilihat terbaring seketika selepas insiden rempuhan itu, namun tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

“Selesai menjalani pemeriksaan kesihatan . Pelumba dalam keadaan baik dan Hakim Danish boleh berjalan. Tiada kecederaan serius,” kata ZK Racing dalam kenyataan.

Pelumba Sepanyol, Angel Piqueras muncul juara selepas menamatkan saingan dengan catatan 28 minit 27.050 saat, manakala Guido Pini dan Alberto Fernandez menamatkan saingan tempat kedua dan ketiga.

Piqueras yang meraih kemenangan kelimanya selepas perlumbaan di Algarve dan Jerez kini mendahului carta keseluruhan pelumba dengan 145 mata manakala Carpe berada di kedudukan kedua, 69 mata.

Carpe berkongsi mata dengan Rico Salmela di tangga ketiga yang turut terbabas dalam satu insiden di pusingan terakhir perlumbaan.

Hakim Danish, 16, berada di kedudukan kelapan ketika ini dengan 46 mata sebelum saingan selepas ini dijadual berlangsung di Litar Mugello, Itali dari 10 hingga 11 Jun.

Semalam, Hakim Danish menamatkan Perlumbaan 1 di Litar Le Mans dengan berada di tempat kesembilan, 28’34.002s. Piqueras memenangi perlumbaan itu dengan catatan 28’22.282s. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI