fbpx

Filem bertemakan kucing raih sokongan NGO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH filem bertemakan kucing akan dihasilkan bagi memupuk kesedaran masyarakat terhadap kes-kes penganiayaan terhadap haiwan.

PETALING JAYA – Hasrat syarikat produksi, Art Ornament Sdn. Bhd. menghasilkan sebuah filem aksi bertemakan kucing meraih sokongan padu dua badan bukan kerajaan (NGO) yang memayungi kebajikan haiwan kesayangan itu.

Penerbitnya, Aida Othman, berkata kolaborasi dengan Anugerah Mahligai Arah Nasib Abadi Haiwan (Amanah) dan Persatuan Suara Haiwan Malaysia itu dijangka mampu merealisasikan sebuah naskhah berbeza.

“Pembabitan dua pertubuhan ini secara tidak langsung menyuntik motivasi dan keyakinan kepada kami untuk menghasilkan sebuah filem dengan tema kucing seperti dirancangkan.

“Kerjasama strategik ini antara lain mahu memupuk perasaan sayang terhadap si comel itu selain mahu memberi kesedaran kepada masyarakat untuk memandulkan haiwan tersebut bagi mengurangkan kes pembuangan kucing.

“Selain itu, saya dan pasukan produksi juga bersepakat untuk menerapkan kesedaran masyarakat terhadap kes-kes penganiayaan terhadap haiwan,” katanya.

Bagi menyempurnakan misi berkenaan, syarikat produksi berusaha meraih sokongan daripada semua pencinta kucing supaya dapat memberikan sumbangan untuk tujuan mengumpul dana pembikinan filem yang disasarkan sebanyak RM2.5 juta.

“Sumbangan boleh dibuat serendah RM1 dengan sasaran terkumpul sebanyak RM2.5 juta bagi merealisasikan pembikinan filem ini.

“Namun sebanyak RM200,000 daripada dana yang dikumpulkan itu akan disalurkan kepada pihak Amanah untuk melaksanakan bantuan kepada yang memerlukan sepanjang kempen ini.

“Pada masa sama, kami yakin menerusi pengalaman, pasukan produksi dapat menerbitkan sebuah karya berkualiti selain bakal mencetuskan fenomena,” ulasnya.

Kempen akan dibuka bermula pada 15 Mei ini dan mereka yang ingin membuat sumbangan, boleh layari https://tangvayne.wixsite.com/suarahatihaiwan atau hubungi 011-10652582. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI