fbpx

Polis dengar jeritan ‘help’, rupanya suara kambing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kambing itu didakwa marah kerana dipisahkan daripada kawanannya. - Getty Images/500px

WASHINGTON – Sepasukan anggota polis di negeri Oklahoma, Amerika Syarikat (AS) bergegas menyelamatkan seorang lelaki yang meminta tolong, namun terkejut kerana bunyi itu datang daripada seekor kambing, lapor akhbar New York Post semalam.

Rakaman kamera badan memaparkan dua anggota polis berjalan menuruni sebuah padang rumput di bandar Enid ke arah bunyi jeritan meminta tolong.

“Saya rasa itu bunyi orang,” kata salah seorang anggota polis yang keliru.

Selepas terdengar satu lagi jeritan, David Sneed dan Neal Storey berlari ke arah bunyi yang mereka dengar seperti seorang lelaki sedang meminta tolong.

Apabila mendekati kawasan itu, Sneed dan Storey mendapati jeritan itu sebenarnya berasal daripada seekor kambing.

Haiwan itu dikatakan marah kerana dipisahkan daripada kambing-kambing lain, jelas pemiliknya kepada polis. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI