fbpx

Pertengkaran mulut keluarga mangsa kemalangan punca gaduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video kemalangan melibatkan motosikal dan kereta jenis BMW.

GEORGE TOWN – Polis mengesahkan kejadian pergaduhan membabitkan ahli keluarga kedua-dua mangsa kemalangan motosikal dan kereta jenis BMW yang tular hari ini berpunca daripada pertengkaran mulut.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihaknya telah pun menahan enam individu terlibat bagi membantu siasatan kejadian yang berlaku di Tanjung Bungah, 8 Mei lalu.

Menurutnya, kesemua individu berkenaan telah pun diberikan jaminan polis sebaik siasatan selesai dijalankan.

“Kira-kira pukul 2 petang hari ini, polis mengesan sebuah video yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook Alex Law memaparkan kejadian kemalangan jalan raya dan pergaduhan yang melibatkan beberapa individu di tepi jalan.

“Hasil semakan yang dijalankan mendapati kejadian berlaku pada 8 Mei lalu kira-kira pukul 11.20 pagi di Jalan Loh Poh Heng, Tanjung Bungah.

“Pergaduhan berpunca daripada pertengkaran mulut antara ahli keluarga kedua-dua pihak yang terlibat dalam kemalangan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tangkap layar video pergaduhan membabitkan keluarga mangsa kemalangan maut di Tanjung Bungah, 8 Mei lalu.

Terdahulu, Kosmo! Online turut memaparkan video sekumpulan individu bergaduh di lokasi kemalangan selepas motosikal yang ditunggang seorang wanita dirempuh sebuah kereta BMW dari arah belakang. Menerusi rakaman itu, penunggang motosikal terbabit dilihat terpelanting di bahagian kiri jalan.

Soffian memberitahu, akibat kemalangan tersebut juga, penunggang motosikal terbabit maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada kepala. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI