fbpx

Dua pelajar KKTM kemaman mati lemas di Lubuk Kain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang pengunjung sedang mencari mayat mangsa di Air Terjun Lubuk Kain, Hulu Dungun hari ini.

DUNGUN – Keseronokan sekumpulan pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Kemaman berkelah di kawasan rekreasi Air Terjun Lubuk Kain, Sungai Bagan, Hulu Dungun di sini hari ini bertukar tragedi apabila dua daripada mereka maut akibat lemas.

Dalam kejadian pada pukul 11.20 pagi itu mengorbankan Ahmad Syahid Hamdan dan Muhammad Ridhwan Zawawi yang berusia 19 tahun.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sebelum kejadian, kedua-dua mangsa yang merupakan pelajar semester kedua Diploma Kejuruteraan Elektrik telah mengunjungi kawasan perkelahan tersebut bersama 16 orang rakan sekelas.

“Kedua-dua mangsa bersama seorang lagi rakan mereka dikatakan telah mandi di lokasi kejadian yang lebih dalam berbanding rakan sekelas lain.

“Mereka dikatakan tidak timbul setelah melakukan terjunan sebelum disedari rakan-rakannya sebelum meminta pertolongan dengan pengunjung lain,” katanya di sini hari ini.

Baharudin berkata, mayat kedua-kedua mangsa kemudiannya berjaya ditemui beberapa pengunjung di dasar air terjun terbabit.

Beliau berkata, mayat Muhammad Ridhwan ditemui pada pukul 12.08 minit manakala Ahmad Syahid pula pada tujuh minit kemudian.

“Mayat kedua-kedua mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI