fbpx

Aerotrain KLIA: Satu laluan dijangka operasi Jun tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengerusi Malaysia Airports Holding Berhad, Tan Sri Zainun Ali (tengah) dan Iskandar Mizal (empat kiri) ketika gimik pelancaran Stardesk dan Ezbags di KLIA, hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA

SEPANG- Program penggantian Penggerak Penumpang Automasi atau aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sedang dijalankan ketika ini, dengan satu laluan dijangka beroperasi menjelang Jun tahun hadapan.

Menurut Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Iskandar Mizal Mahmood, kerja-kerja pembinaan aerotrain itu dilakukan dengan teliti bagi mengelakkan sebarang kesulitan pada masa hadapan.

“Program penggantian (aerotrain) sudah dijalankan dan ketika ini kerja-kerja pembinaan sedang dilakukan, ia (menjadi) lebih mudah kerana kami telah menggantung perkhidmatan kedua-dua laluan.

“Diharap menjelang pertengahan tahun hadapan, kita akan bersedia mengoperasikan sekurang-kurangnya satu laluan tren,” katanya menerusi sidang akhbar selepas pelancaran STARdesk dan EZBagz di KLIA Terminal 1, di sini hari ini.

Pada 2 Mac lalu, MAHB mengumumkan penggantungan sementara perkhidmatan aerotrain sehingga satu tempoh yang akan diumumkan kelak.

Program penggantian perkhidmatan rel tersebut dijangka selesai menjelang 2025 merangkumi sembilan buah tren bernilai kira-kira RM700 juta dan dilaksanakan dalam dua fasa membabitkan kerja-kerja reka bentuk dan pembinaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI