fbpx

Tawar khidmat seks RM60, dua wanita Sri Lanka ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barang yang dirampas dalam serbuan Op Noda di sebuah rumah di Bandar Sunway, Subang Jaya, semalam.

SUBANG JAYA – Dua wanita warga Sri Lanka ditahan selepas disyaki menawarkan perkhidmatan seks kepada warga asing dalam serbuan di sebuah rumah Jalan PJS 9/1, Bandar Sunway, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, aktiviti yang dijalankan dua wanita itu berselindung di sebalik rumah yang disewa mereka dan mengenakan bayaran sebanyak RM60 untuk perkhidmatan itu.

Tambahnya, serbuan Op Noda itu dilakukan pada pukul 11 malam membawa kepada penahanan dua wanita warga Sri Lanka berusia 30 dan 38 tahun.

“Pemeriksaan di rumah itu menemui beberapa barang yang disyaki diguna untuk tujuan pelacuran seperti kondom, tisu serta rampasan wang tunai.

“Siasatan awal mendapati wanita terbabit menggunakan khidmat orang tengah untuk mencari pelanggan dan bayaran yang dikenakan adalah RM60.

“Mereka menyasarkan pelanggan dalam kalangan warga Bangladesh dan India,” katanya kepada ketika dihubungi hari ini.

Jelas Wan Azlan, suspek dipercayai telah aktif sejak tiga bulan lalu di rumah yang disewa mereka.

“Kedua-dua tangkapan telah dibawa ke Balai Polis Bandar Sunway dan telah direman 14 hari sehingga 23 Mei untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan serta Akta Imigresen 1959/63,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI