fbpx

Misi bersama Malaysia, Indonesia ke EU tangkis kempen anti-minyak sawit – Fadillah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadillah pada sidang akhbar selepas Majlis Rumah Terbuka TPM di Sri Satria, hari ini. -Foto FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Malaysia dan Indonesia bakal melaksanakan misi bersama ke Kesatuan Eropah (EU) akhir bulan ini dalam kempen bagi menangkis kempen anti-minyak sawit.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, misi khas itu turut akan mendapatkan penjelasan isu kawal selia baharu blok tersebut dalam penerokaan hutan.

Ia susulan jaminan Duta Besar EU Ke Malaysia, Michalis Rokas mengenai Peraturan Bebas Penebangan Hutan (EUDR) yang tidak menjejaskan sistem ladang di bawah Felda.

“Insyaallah kita dan Indonesia akan ke ibu pejabat sekretariat EU di Brussels, Belgium untuk dengar pencerahan daripada mereka sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjurannya di Dewan Sri Satria di sini, hari ini.

Semalam, Rokas pada sesi dialog isu minyak sawit kelolaan Kedutaan EU dan Kelab Koresponden Asing Malaysia memaklumkan blok itu melaksanakan EUDR sejak 2021.

Duta berkenaan malahan menyangkal dakwaan konon peratiuran baharu itu melindungi kepentingan pasaran minyak bijian yang tidak mampu bersaing dengan minyak sawit.

Mengulas lebih lanjut, Fadillah berkata, misi ke EU itu sudah dirancang lama ketika sesi perjumpaan beliau dengan Menteri Penyelaras Ekonomi Indonesia, Airlangga Hartarto.

Ia diadakan di ibu negara awal Februari lalu susulan pertemuan sulung Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas Presiden Joko Widodo di Bogor pada Januari lepas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI