fbpx

UNDP biayai empat projek di Manjung bernilai hampir RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sze Yee (empat dari kiri), Syamsul Hazeman (tiga dari kiri) dan Asfaazam (empat dari kanan) bersama tetamu jemputan dan penerima sumbangan UNDP bergambar di bangunan MPM, Seri Manjung semalam. - Foto SHAMSUL KAMAL AMARUDIN

LUMUT – Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) membiayai empat projek di Manjung melibatkan peruntukan RM962,862 yang akan dilaksanakan dalam tempoh antara lapan hingga 12 bulan.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM383,720 diberikan kepada projek Laman Karya Lumut (Lakar); Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Lakar) sebanyak RM235,200; Persatuan Kutien Ayer Tawar (RM150,000); Pulih Art Studio Lumut (RM120,000) dan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) sebanyak RM73,942.

Bagi projek Lakar, ia melibatkan usaha membantu suri rumah, ibu tunggal dan belia wanita menjana pendapatan sampingan, manakala Kuasa pula membangunkan produk ekopelancongan berasaskan pendidikan, konservasi, penyelidikan dan makanan tradisional dari hutan paya bakau serta kawasan berpantai di daerah Manjung.

Selain itu, Persatuan Kutien Ayer Tawar dalam mewujudkan ‘Ayer Tawar Kutien Art Street and Cultural’ bagi memelihara dan memulihara warisan seni dan budaya tempatan, manakala Pulih Art Studio akan melaksanakan usaha memperkasa inklusiviti pelajar orang kurang upaya (OKU) dalam ekopelancongan melalui seni visual pelancongan kesihatan.

Yang Dipertua MPM, Syamsul Hazeman Md. Salleh, berkata pihaknya sebagai penyelaras bersyukur empat projek itu terpilih menerima pembiayaan UNDP selepas agensi itu membuat tapisan terhadap cadangan projek yang dikemukakan dari seluruh negara.

“Daripada 151 pihak berkuasa tempatan di seluruh negara, projek di bawah MPM, Majlis Daerah Marang dan Majlis Daerah Setiu yang terpilih menerima pembiayaan UNDP ini,” katanya berucap pada Majlis Menandatangani Kontrak Bersama UNDP di sini semalam.

Pada masa sama, beliau turut memberitahu bahawa daerah Manjung berhasrat dan sudah bersedia untuk mencapai status bandar raya, sekali gus menjadi bandar raya kedua di Perak selepas Ipoh.

Katanya,  pemakluman mengenai hasrat itu sudah dikemukakan kepada kerajaan negeri pada akhir tahun lalu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI