fbpx

Lelaki enggan kehilangan bapa simpan mayat dalam peti sejuk beku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak berkuasa mendapati rumah lelaki itu dalam keadaan kucar-kacir. - Frank Moonen / 1Limburg

AMSTERDAM – Seorang lelaki di Belanda mengaku menyimpan mayat bapanya di dalam peti sejuk beku selama lebih setahun supaya dia boleh terus ‘bercakap’ dengannya, lapor portal berita New York Post semalam.

Tindakan lelaki yang identitinya tidak didedahkan itu terbongkar pada hujung minggu lalu apabila doktor yang merawat bapanya di Landgraaf membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Pihak berkuasa kemudian mendapati warga emas itu sudah meninggal dunia kira-kira 18 bulan lalu pada usia 101 tahun, manakala anak lelakinya yang berusia 82 tahun menyimpan mayat bapanya di dalam peti sejuk beku di rumah mereka.

“Saya tidak mahu kehilangan bapa saya. Jika tidak saya akan merinduinya,” kata lelaki itu.

Semasa dia disiasat kerana menyembunyikan mayat bapanya, polis memberitahu bahawa mereka tidak mengesyaki perbuatan jahat terlibat dalam kematian warga emas itu.

Penyiasat dilaporkan cuba menentukan masa dan cara kematian bapanya dengan lebih tepat. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI