fbpx

Jumlah sebenar pelarian, pemohon suaka UNHCR dalam proses

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin beramah mesra dengan duta asing ketika hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Maritim Malaysia di Ibu Pejabat Maritim, Putrajaya hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menyiapkan Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bagi mendapatkan jumlah sebenar pelarian dan pemohon suaka Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau sudah mengarahkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi mendaftarkan pelarian itu.

Katanya, mesyuarat Kabinet pada 11 April lalu menetapkan supaya KDN bertanggungjawab bagi melaksanakan pendaftaran itu.

“Malaysia tidak mempunyai angka sebenar jumlah pelarian dan pemohon suaka UNCHR di negara ini berikutan Malaysia bukan Negara Pihak kepada Konvensyen Status Pelarian 1951 atau Protokol Status Pelarian 1967.

“Oleh itu, kita tidak ada perkongsian data dengan UNHCR walaupun mereka mengatakan 185,760 orang pelarian dan pemohon suaka yang tinggal di Malaysia,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), di sini hari ini.

Saifuddin berkata, jika data sebenar itu dapat dikumpulkan maka kerajaan boleh mempertimbang mereka untuk mendapat peluang pekerjaan pada masa hadapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI