fbpx

Hafidz Roshdi tiba di mahkamah bagi pengesahan lafaz cerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIDZ ROSHDI akan melafazkan cerai terhadap isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri hari ini. - AFIQ RAZALI.

SHAH ALAM – “Selepas perbicaraan kami akan jumpa (kes lafaz cerai).”

Demikian respons pelakon Hafidz Roshdi ketika tiba di pekarangan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini.

Hafidz tiba di mahkamah pada pukul 9.50 pagi dengan berbaju bercorak batik berwarna merah turut ditemani bapa saudaranya.

Hari ini merupakan sebutan pengesahan lafaz cerai antara pelakon drama rantaian, Tundukkan Playboy itu dan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Terdahulu, kemelut rumah tangga pasangan itu menjadi topik bualan hangat apabila Shuhada memfailkan perceraian terhadap Hafidz di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari lalu selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah keluarga.

Sebelum itu, adik Shuhada yang hanya mahu dikenali sebagai Sofia, memaklumkan Hafidz menceraikan kakaknya dengan talak satu menerusi panggilan telefon pada 22 Februari lalu.

Rentetan itu, Shuhada dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian muka selepas didakwa ditumbuk oleh Hafidz dalam sebuah kejadian di Sungai Buloh, Selangor.

Akibat daripada kejadian tersebut, Shuhada yang ditumbuk suaminya sebanyak tiga kali menerima 10 jahitan di bahagian pipi kiri dan bengkak pada mata.

Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia dua tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI