fbpx

Wawa Zainal, Aeril Zafrel berhabis jutaan ringgit jadi penaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAWA dan suami (Aeril) memaklumkan, berhabis banyak wang untuk menaja program realiti, Big Stage 5.

PETALING JAYA – Pasangan selebriti popular, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel berhabis jutaan ringgit demi menaja program realiti, Big Stage musim kelima (BS5) menerusi perniagaan diasaskan mereka, Wawa Cosmetics.

Pembabitan suami isteri dalam program tersebut sekali gus menjadikan mereka sebagai artis pertama yang menaja BS5 yang sebelum ini dimonopoli oleh usahawan kosmetik.

Wawa, 32, atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin berkata, dia teruja apabila dipelawa menjadi penaja utama kerana beranggapan Big Stage adalah program yang kian dikenali dan mempunyai pengikut tersendiri.

“Diakui sebelum ini kami ada juga mendapat tawaran untuk menaja beberapa program TV lain, tapi mungkin ketika itu masa tidak kena. Selain anggap belum rezeki kami bersama dengan program terbabit.

“Untuk kali ini, kami ditawarkan untuk menaja BS5 pula. Selepas mempertimbangkan beberapa perkara dan melihat perkembangan program ini dari musim pertama, itu yang saya dan Aeril bersetuju.

“Insya-Allah, dengan sambutan yang diberikan pada program ini, jenama kami juga boleh bergerak seiring,” katanya.

WAWA ZAINAL berkata, penglibatan sebagai penaja Big Stage 5 merupakan satu komitmen dan tanggungjawab besar.

Menurut Wawa, menjadi penaja juga adalah satu tanggungjawab besar buat dirinya dan jenama yang dibawanya bersama suami.

“Orang mungkin ingat menjadi penaja ini akan popular, tapi ada beban dan tanggungjawab besar perlu kami galas. Kos yang dikeluarkan juga bukan jumlah kecil. Jadi, perkara tersebut ibarat satu pertaruhan berani daripada Wawa Cosmetics,” katanya.

Malam tadi, BS5 memulakan konsert mingguan pertama yang menyaksikan penyanyi duo asal Korea Selatan, Hoondoo muncul sebagai peserta yang menduduki kedudukan teratas dengan markah tertinggi iaitu sebanyak 81 peratus (%).

Tempat kedua pula diduduki oleh COEX dengan markah sebanyaK 78.67 % diikuti Waode dari Indonesia dengan 76.67 %.

BS5 dikendalikan dua hos energetik iaitu Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom yang dipasangkan bersama pengacara terkenal seberang, iaitu Rina Nose. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI