fbpx

Pembinaan jalan alternatif Seremban-Kuala Pilah-Serting di peringkat kajian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KESESAKAN trafik yang sering berlaku di Jalan Seremban-Kuala Pilah menyebabkan terdapat permintaan supaya satu laluan baharu dibina bagi menghubungkan Seremban sehingga ke Jempol.-Foto ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI/KOSMO!

SEREMBAN – Satu kajian bagi pembinaan jalan alternatif menghubungkan Seremban-Kuala Pilah-Serting kini sedang dilaksanakan oleh pihak Kementerian Kerja Raya sebagai langkah menyelesaikan isu kesesakan teruk trafik di Jalan Seremban-Kuala Pilah.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kajian tersebut dijangka akan berakhir pada 26 Julai depan dan kerajaan negeri berharap peruntukan bagi pembinaan laluan tersebut akan diluluskan oleh kerajaan Persekutuan menerusi belanjawan tahun hadapan.

“Untuk makluman, buat masa ini pihak Kementerian Kerja Raya sedang melaksanakan kajian laluan alternatif, Jalan Seremban-Kuala Pilah-Serting yang dijangka berakhir pada 26 Julai 2023.

“Sebulan setengah yang lepas, saya bersama pihak Kementerian Kerja Raya telah berbincang mengenai alternatif jalan ini dan insya-Allah kita berharap supaya ia dapat diluluskan pada bajet yang akan datang oleh kerajaan Persekutuan,” katanya dalam Persidangan Kelima Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14 di sini hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Shamsulkahar Mohd. Deli (BN-Serting) dalam sesi pertanyaan lisan yang ingin mengetahui inisiatif dan tindakan kerajaan negeri bagi memastikan pembinaan lebuh raya yang menghubungkan Seremban- Jempol dapat dilaksanakan sekali gus menyelesaikan masalah trafik di Jalan Seremban-Kuala Pilah.

Sementara itu, Aminuddin memaklumkan, sebabai mengatasi masalah kesesakan di kawasan tersebut, kerajaan negeri telah memohon kepada pihak Kementerian Kerja Raya bagi pembinaan jalan baharu menghubunhkan Ulu Bendul ke Juasseh.

“Kerajaan negeri juga melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri telah mengangkat permohonan projek membina jalan baharu dari Ulu Bendul ke Juasseh di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) Rolling Plan (RP) 4 ke Kementerian Kerja Raya pada 27 Februari lalu bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di kawasan ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI